Friday, August 3, 2012

hati terguris

memang hak setiap pemilik akaun facebook untuk update apa-apa tentang dirinya...dan aku pun tidak mempertikaikan kerana aku juga menikmati kebebasan itu...

tapi....
satu yang ku pinta...apa-apa yang berkaitan dengan aktiviti sahabat2ku itu...jangan lah di update...susah untuk terima kenyataan bahawa dulu pernah menjadi orang penting, sekarang khidmatku langsung tidak diperlukan lagi...malah, diri ini juga telah disenarai hitamkan untuk menyertai aktiviti itu...

penat mencari apa salahku? apa puncanya? adakah kerana aku lebih akrab dengan mereka.....itu satu alasan yang tidak munasabah bagi ku... aku tidak mampu untuk menghalang siapa pun yang mungkin suka berkawan dengan ku...

kalau nak di ikutkan hati, memang rasa marah...rasa tak dihargai langsung...rasa tak nak hulurkan apa-apa bantuan pun untuk apa-apa pun yang datang dari kau..arhhhhh...abaikan...

maaf...maaf...maaf...bukan nak mengungkit...bukan juga nak guriskan hati sesiapa...cuma hati ini memang telah terguris....

f.k: dikala aku sedih, hampa dengan perangai mereka, kau datang..dengan secara tak sengaja luka itu telah pun kau rawat....yaAllah, jagakan dia untukku...aku tak mampu membalas segala kebaikan dia terhadapku...terima kasih Allah...kerana memperkenalkan aku dengan hambaMu itu...