Thursday, September 8, 2011

cemburu

saya akan berumur 22 tahun pada 21 september nanti... saya cemburu...hoho..cemburu melihat kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam yang baru iaitu alam perkahwinan...saya? terkontang kanting lagi mencari-cari siapakah pasangan hidupku itu...wah!! haha...tidak...saya belum lagi bersedia menjadi isteri dan juga mommy to my kids... :D

saya cemburu sebab mereka sudah bersedia dari segala segi untuk melangkah ke alam tu...tapi dalam masa yang sama, saya selalu doakan kebahagiaan mereka...alangkah bahagianya melihat wajah2 mereka dengan pasangan masing2, dengan anak masing2, hee...siapa yang tak nak semua tu kan...saya juga impikan keluarga yang bahagia..saya juga mahu rasakan semua tu..tapi masa nya belum tiba... hehe...saya masih membuat persediaan ke arah tu...insyaAllah, dalam beberapa tahun lagi, pasti saya sudah menjadi ahli macam kawan2 saya semua tu...walaupun sudah berumur 22 tahun menjelang 21 september nanti, saya tak rasa diri ini cukup matang untuk menjadi seorang ibu...mungkin sudah bersedia menjadi isteri..tapi ibu? belum lagi...masa akan mematangkan diri ini...itu yang saya percaya...( diri sendri x terjaga, macam mana nak ada anak) hihihihihihihihihihi..mesti orang akan cakap kat saya macam tu..

kepada bakal yang akan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan ini, tahniah!! semoga berbahagia ke anak cucu..doakan saya juga yaa ;)
kepada bakal mummy and daddy, selamat menimang cahaya mata..insyaAllah akan menjadi anak yang soleh dan juga solehah..amin...

f.k: kepada si dia, bila saatnya tiba untuk melamar diri ini, ku harap dirimu dapat memimpin diriku dan juga anak2ku kejalan yang diredhai Allah...dan bahagiakan lah diriku ini sesungguhnya, diri ini akan menjadi isteri yang solehah dan sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan juga ibu kepada anak2 mu...amin.....

3 comments:

  1. wah wah! paien! dah pikir pasal kawin eh? nanti jangan lupa jemput aku tauu. rindu kau sgt!

    ReplyDelete
  2. hehehe..belum nak kawen lg laa....mesti la jemput...hihihi...ko pun jgn lupe jemput ak tau..rindu ko sgt2 jugk... ;D

    ReplyDelete
  3. aku pun mengalami perasaan yg sama bila ramai kawan2 yg dah naik pelamin.. -_-
    jodoh pertemuan di tangan tuhan..

    ReplyDelete