Friday, July 27, 2012

sahabat

sahabat? teman? kawan? rakan? kawan tapi mesra? best friend? BFF?

mesti tertanya-tanyakan apa beza nya, ranking mana di hati kita...aku sendiri tak tahu nak define macam mana..tapi aku percaya, setiap maksud sahabat, kawan, teman tu, pendapat masing-masing...bagi aku, semua nya aku sayang...dan aku sanggup buat apa je untuk mereka...

dari baby sampai lah sekarang( insyaAllah will be 23 y/o this September...), aku banyak sangat kawan karib atau pun teman rapat..tak adil kalau aku hanya sebut sahabat yang rapat di uia, tak adil juga kalau aku hanya menyebut sahabat yang rapat waktu belajar di Maahad Hamidiah dulu...tak adil juga kalau aku menyebut teman-teman sepermainanku semasa kecil..

tahu sebab apa? setiap sahabatku itu beri aku kenangan yang indah yang tak dapat aku gambarkan..mereka lah yang ada ketika aku sedih, aku marah, aku gembira, aku susah....mereka lah yang bimbingku, beri nasihat, hiburkan hati ku..cuma sahabat sahaja yang tahu buat semua tu kan?? :D ....apa yang bermain di fikiranku sekarang ialah, senarai nama-nama mereka...pengorbanan mereka...cukup membuat hatiku tersentuh..kadang-kadang terfikir, kalau mereka sahabatku, kenapa mereka sanggup buat aku macam ni, buat aku macam tu? tapi itu semua hasutan syaitan yang memang menyesatkan ummat Islam...tapi pernahkah kau fikir wahai Farahin, pernah tak buat mereka marah, nangis, sakit hati, meyampah, meluat dan macam- macam lah? pernahkah kau gembirakan, membalas jasa mereka? *terdiam seketika*

jadi, wahai sahabat-sahabatku, aku bukan lah seorang yang baik yang mampu membalas jasa-jasa kalian...maafkan diri ini sekiranya ada, atau pernah terluka disebabkan kata-kata atau perbuatanku...tapi aku berjanji, aku akan buat yang terbaik untuk berada di hati kalian...

f.k: aku rindu...tapi tidak mampu untuk menyatakannya...ya Allah, jagalah dia...



2 comments: